Sunday 27 April 2014

selagi masih ada peluang

       ....selalu terjadi....

‎* Bila mak kata dia teringat pada kita---kita jawab kita sibuk sangat
* Bila abah kata dia rindu pada kita---kita jawab nantilah hujung minggu baru jumpa
* Bila mak minta kita pulang---kita jawab kita belum lapang
* Bila abah minta kita singgah rumah sekejap---kita jawab kerja belum selesai
* Bila hati kita terguris---kita kata mak mmg xpnh faham perasaan kita
* Bila hati kita terhiris---kita kata abah memang xambil kisah tentang kita


 
...Tetapi tahukah kita bahawa...

 * Bila hati mak kita terguris---mak kata x apa kita masih muda
* Bila hati abah kita terhiris---abah kata x apa, kita belum matang lagi
* Bila kita menangis tanda lapar---mak berlari bagai hilang kaki untuk dapatkan makanan 
* Bila kita merintih tanda derita---abah bersengkang mata bagaikan tiada lena
* Bila kita sedih kerna gagal---mak setia membekalkan cekal
* Bila kita pilu kerna kecewa--- abah teguh berkata Dia Tetap Bangga dengan kita


# selagi masih ada peluang, luangkan masa kita dengan ibubapa kita..jangan jadikan busy tu sebagai alasan untuk kita abaikan mereka#



jangan pernah lupa untuk doakan ibubapa kita yer...=D
cer ckp cmtu kat diorang..mesti diorang suke..hehe



......saya sayang mak abah saya =)........



Saturday 26 April 2014

muhasabah diri

                                   


    • meminta maaf merupakan petanda sihat bahawa seseorang itu masih berbicara dengan hatinya
    • semulia mulia manusia ialah mereka yang sentiasa merendah diri dan beradab sesama manusia lain walaupun mereka berkedudukan tinggi
    • inginkan mutiara selamilah lautan. inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, dan jika inginkan kejayaan relailah pengorbanan
    • berlajarlah tentang kesilapan semalam kerana ia akan mengajar kita mengenai realiti hari ini
    • orang yang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu menguasai dirinya daripada segala kejahatan-imam al syafie
    ***kadang kadang  dengan hanya sepotong ayat yang macam ni mampu untuk mengubah diri kita kearah yang lebih berjaya***


    ..........jom sama-sama kita muhasabah diri =)...........

    Wednesday 16 April 2014






    Apabila orang lain memuji kamu, janganlah kamu merasa bangga dengan pujian itu kerana mereka hanya melihat kebaikanmu yang zahir sahaja sedangkan kamu lebih mengetahui keburukanmu lebih daripada itu. Namun bila kamu dipuji maka pujilah Allah kerana Dialah yang layak dipuji. 

    - Dipetik dari Ustaz Mustaffa Kamal

    .......sharing is caring......=)