Sunday 1 June 2014

jom belajar silat



Lahinya Cekak keana kesedaran
bukan bemusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan 

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri 

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah 

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya 

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat 

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat 

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka 

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci. 


Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).


....menuntut ilmu itu adalah wajib =).....

ukhwah yang terjalin

bila kita dah remaja sekarang ni mesti kita teringat zaman kita kanak-kanak dulu kan..macam-macam pemainan yang kita main..mesti rindu giler kan..haha..tapi waktu kem bjd ni kitorang dapat rasa balik suasana kemeriahan main pemainan yang dah lama ditinggalkan ni..






...melalui pemainan dapat mengeratkan ukhwah sesama kita =)....

kejohanan SMD

Kejohanan ni di anjurkan oleh jabatan belia dan sukan wilayah persekutuan kuala lumpur pada 18 mei 2014 haritu di kompleks belia dan sukan kampung pandan...
memang pengalaman yang terbaikk la bile dapat tengok semua peserta buat aksi-aksi yang cukup berani.. sangat-sangat hebat dan pantas pergerakannya..




.....PSSCMUKM memang terBaekkkkk =).....

comei jer

kadang-kadang bile tengok gambar-gambar macam ni pun dah boleh buat hati kita rasa tenang kan..sesungguhnya semua tu kuasa Allah SWT..





.......akulah salah seorang pencinta kucing yeahhhh =)......

adik beradik

ni la gambar kami adik beradik...sepatutnya lima orang..tapi tinggal kami bertiga je..yang sulung n bongsu tak da dalam gambar ni..






.......tak tau la yang lagi 2 orang tu pi mana waktu snap gamba ni huhu =).......

belanja makan

tetibe teringin plak nak makan kfc kat umah sambil-sambil tengok tv..hehe seronok juga buat macam ni sekali sekala..




 .......gambar mak n abah je yang sempat disnap hehe =)......

balik kg

sebelum kitorang balik ke kampung halaman masing-masing kami isi perut dulu sambil sembang-sembang..yela sebab nanti kan lama kitaorang tak berjumpa..adala dekat seminggu macam tu..huhu





......kawan se-matrik dan se-university =).......

Sunday 25 May 2014

penyelesaian masalah

setiap masalah ada banyak cara penyelesaiannya...terpulang pada kita nak ikut yang mana..jalan kiri atau jalan kanan...yang bawa kepada bahagia atau derita..



.......pilihan di tangan kita =).......

ilmu itu milik Allah

kita sepatutnya sedar yang segala ilmu yang kita ada tu hanyalah pinjaman daripada Allah kepada hambanya..jadi siapa kita yang nak rasa bangga dengan ilmu yang penuh di dada kononya..apa salahnya kalau ilmu yang baik yang kita ada tu kita kongsikan dengan orang sekeliling kita..barulah ramai-ramai kita dapat manfaat..




......jom kongsi-kongsi ilmu =)..........

Saturday 24 May 2014

petua nak bahagia

bukan senang nak senang dan bukan susah kalau nak susah...so kalau nak hidup bahagia kena lah usaha untuk dapatkannya...



....petua dah bagi,so ikut suka la nak ikut ke tak =).....

niat kerana Allah

semua yang terjadi di dunia ni ada hikmah yang tersendiri...kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan...sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik...bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada..



...kita buat baik dengan niat kerana Allah bukan sebab nak tunjuk pada sesama manusia =)...

solat


macam yang kita semua tahu solat itu wajib..bukannya bila susah baru nak buat tapi bila senang buat tak tau je..

.....solat itu wajib =)...

smktp

walaupun dah lama habis zaman persekolahan tapi kenangan sebagai budak sekolah menengah masih utuh di dalam ingatan..dah lima tahun kita bersama tak kan senang-senang je nak lupa macam tu kan huhu..







....smktp terus maju =).....

A3 kmpk

waktu yang paling seronok ialah waktu hidup di zaman metrik..hoho banyak kenangan indah yang tercipta di bumi kmpk ni walaupun hanya setahun di sana.. 





.....budak-budak A3 memang terbaeekkkk (=..........

hari bahagia

hari yang paling bahagia bagi setiap pasangan ialah hari di mana mereka jadi raja sehari..tapi diorang kena sedar yang kawain ni bukan untuk suka-suka je sebab bila diorang dah sah jadi suami isteri maka mereka akan bawa sekali dengan tanggungjawab yang besar..





.....semoga berbahagia sehingga ke syurga =).....

kurniaan terhebat

tak kan ada satu benda pun kat dunia ni yang mampu untuk menggantikan nilai kasih sayang sebuah kelurga..walau sekaya manapun seseorang tu kelurga tetap akan menjadi pilihan..kita tak kan jadi seperti kita sekarang tanpa keluarga tercinta..














.....syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keluarga yang diberikan =).......

orientasi kkm

first time jejakkan kaki di bumi UKM memang tak dapat nak digambarkan rasa seronok tu..bermulanya aktiviti kat sini dengan orientasi..fuhhh minggu orientasi  memang minggu yang sangat memenatkan..memang munguji fizikal dan mental lar..
tapi dengan adanya minggu orientasi ni lar kita dapat membiasakan diri kita dengan keadaan sekeliling yang baru..dan juga kita dapat berkenalan dengan orang-orang yang baru..








.......seronok sangat dapat berkenalan dengan orang baru =)........

kawan metrik

 sebagai seorang student tak kan lengkap hidup kita tanpa kawan..ye lar mak ayah dan adik beradik semuanya jauh kan..yang tinggal dekat dengan kita kawan-kawan je..kawan lah yang selalu menceriakan hidup kita..tanpa kawan bosan giler hidup kita nie kan..
diorang ni semualah kawan-kawan yang selalu ada waktu susah dan senang..dari zaman metrik kenal dengan diorang ni sampailah ke UKM..harap hubungan ni tak kan pernah putus..







.........korang bukan kawan tapi korang lah sahabat dunia akhirat =).........